Syor PJPK subjek wajib peperiksaan
KITA sering mendengar akademik menjamin masa depan seseorang berbanding sukan, tetapi sedarkah kita bahawa dengan bersukan dapat mengasah minda cergas dalam mentelaah pelajaran. Saya bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang inginkan sukan pada peringkat sekolah dinaik taraf. Cadangan Muhyiddin yang ingin pembangunan sukan di sekolah dibuat secara berterusan dan syor 1 pelajar 1 sukan amat dialu-alukan.

Cadangan ini amat baik dan sudah lama ditunggu oleh saya dan guru sukan lain. Saya ingin memberikan pendapat iaitu;
l Wujudkan jawatan Penyelia Sukan/Pegawai Sukan di sekolah yang mana bidang tugas sama dengan kaunselor di sekolah untuk memantau atau menjalankan program sukan termasuk melatih pelajar. Penyediaan dokumentasi dan rekod berkaitan sukan juga perlu disediakan. l Pegawai yang dilantik tidak perlu mengajar seperti kaunselor. Jika kaunselor berjaya mendisiplinkan pelajar mengapa tidak pegawai sukan? Jadi pegawai ini dapat memberi tumpuan 100 peratus terhadap pembangunan sukan sekolah. Tidak perlu memikirkan perkara lain yang mengganggu tugas yang dikenali sebagai Setiausaha Sukan.
l Subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) dimasukkan dalam subjek wajib peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Subjek Sains Sukan dalam SPM adalah subjek yang berlainan dengan PJPK. Pada masa sekarang semua pelajar termasuk guru bukan opsyen menganggap subjek PJPK tidak penting kerana tidak ada peperiksaan Wang kerajaan bagi saya dibazirkan kerana kerajaan menyediakan guru Opsyen PJPK dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menyediakan buku teks dan menyalurkan alatan sukan kepada sekolah, tetapi tiada hasil yang membanggakan. Bagi saya jika subjek PJPK dimasukkan dalam peperiksaan awam, saya yakin ramai yang mentelaah subjek berkenaan.
MFA_282, Ledang, Johor.
1 comments:
saya sangat setuju dengan cadangan encik...negara kita sudah banyak melahirkan atlet yg berwibawa dan banyak membantu menaikkan nama Malaysia, tetapi kita perlu bentuk generasi yang akan datang untuk menjadi pelapis setelah atlet yang berjasa dapat menarik nafas lega bagi sukan yang beliau ceburi tidak sia-sia.saya mengharap kementerian pelajaran menitikberatkan tentang sukan di negara kita di samping memartabatkan pjpk di sekolah dan memasukkan subjek pjpk serta sains sukan dalam peperiksaan awam
Post a Comment