Sunday, February 28, 2010

myMetro | Sekolah bina bola sepak

myMetro | Sekolah bina bola sepak

Saturday, February 27, 2010

Martabatkan Bola Sepak Negara

27 Februari, 2010 11:57 AM

Kementerian Pelajaran Komited Tingkatkan Martabat Bola Sepak Negara
By: Ramjit-->

SHAH ALAM, 27 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Pelajaran komited dan akan meneruskan usaha bagi meningkatkan mutu bola sepak negara menerusi penganjuran liga bola sepak.
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi memperkukuhkan program sukan bola sepak di sekolah, liga bola sepak Kementerian Pelajaran dianjurkan sejak 2008 lagi. "Sekolah sudah tentu mempunyai peranan dalam usaha membentuk pasukan bola sepak negara yang pada masa dahulu digeruni di peringkat Asia serta layak bertanding dalam dua Sukan Olimpik iaitu pada 1972 di Munich dan di Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis pelancaran dan Sepak Mula Liga Bola Sepak KPM 2010 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 di sini pada Sabtu.
Malaysia juga pernah memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 1962 di Jakarta dan 1974 di Tehran, katanya. Selaras dengan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian telah melaksanakan program sukan berprestasi tinggi di sekolah-sekolah, di mana bola sepak merupakan salah satu daripada tujuh sukan yang dimajukan mulai tahun 2008. Katanya liga bola sepak ini terdiri daripada Liga Piala Menteri Pelajaran untuk pemain bawah 14 tahun dan Liga Remaja KPM-FAM (Persatuan Bola sepak Malaysia) untuk pemain bawah 17 tahun yang sekarang telah memasuki tahun ketiga penganjurannya.
Liga ini memberi peluang kepada pemain bawah umur 14 dan 17 tahun dari 14 Sekolah Sukan Bola sepak Negeri dan Sekolah Sukan Malaysia menonjolkan bakat dan mendapat pendedahan awal melalui persaingan dalam liga ini, katanya.Antara sekolah sukan bola sepak negeri yang menyertai liga ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan Kangar, SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman Jitra, SMK Seksyen 11 Shah Alam, SMK Tinggi Melaka, SMK Clifford Kuala Kangsar, SMK Seberang Temerloh, SMK Bukit Nenas, Setiu, SMK Putera Kota Baharu dan SMK Keningau II Sabah. Muhyiddin berkata liga ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan melibatkan 103 perlawanan bagi setiap kategori umur selama enam bulan mulai Mac ini dan dijangka berakhir pada Ogos tahun ini.
Liga KPM ini secara tidak langsung akan menyediakan pemain-pemain di peringkat persekolahan untuk mewakili pasukan negeri dan bertanding dalam kejohanan di peringkat yang lebih tinggi anjuran FAM, katanya. "Di bawah program ini sebanyak 30 pusat latihan daerah, 14 buah sekolah sukan bola sepak negeri ditubuhkan di samping dua buah sekolah sukan Malaysia yang menjadi pusat kecemerlangan sukan bagi pemain-pemain elit sekolah," katanya.
Program sukan berprestasi tinggi ini dikendalikan oleh 160 jurulatih yang mengandungi 1,450 orang pemain yang terdiri daripada kalangan pelajar sekolah yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun, katanya. "Saya sedar dalam usaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Sukan di sekolah... pasti menghadapi banyak kekangan seperti kemudahan padang, peralatan dan prasarana sukan yang lain," katanya.
Justeru, beliau berkata dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, kementerian telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk negeri Selangor sahaja bagi pembekalan peralatan sukan, di mana RM83,900 dikhaskan untuk Parlimen Shah Alam. "Bagi program penambahbaikan prasarana sukan, sejumlah RM9.5 juta telah diperuntukkan bagi negeri Selangor dan Parlimen Shah Alam telah mendapat RM280,000 bagi menyediakan Gelanggang Serbaguna Berbumbung di SMK Seksyen 7 Shah Alam," katanya.
Pada tahun ini, Muhyiddin berkata seramai 800 murid layak menerima skim biasiswa sukan di bawah kementerian dengan kadar RM70 sebulan.
Pada majlis itu, Muhyiddin sempat meluangkan masa membuat sepak mula sebagai simbolik permulaan liga bola sepak KPM sebelum menyaksikan perlawanan Piasa Sumbangsih liga itu di antara SMK Seksyen 11 Shah Alam dengan SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman Jitra.Perlawanan di bawah kategori 14 tahun berakhir dengan SMK Tunku Anum menewaskan SMK Seksyen 11 dengan jaringan 2-1.-- BERNAMA

Martabatkan PJPK

Syor PJPK subjek wajib peperiksaan

KITA sering mendengar akademik menjamin masa depan seseorang berbanding sukan, tetapi sedarkah kita bahawa dengan bersukan dapat mengasah minda cergas dalam mentelaah pelajaran. Saya bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang inginkan sukan pada peringkat sekolah dinaik taraf. Cadangan Muhyiddin yang ingin pembangunan sukan di sekolah dibuat secara berterusan dan syor 1 pelajar 1 sukan amat dialu-alukan.

Cadangan ini amat baik dan sudah lama ditunggu oleh saya dan guru sukan lain. Saya ingin memberikan pendapat iaitu;

l Wujudkan jawatan Penyelia Sukan/Pegawai Sukan di sekolah yang mana bidang tugas sama dengan kaunselor di sekolah untuk memantau atau menjalankan program sukan termasuk melatih pelajar. Penyediaan dokumentasi dan rekod berkaitan sukan juga perlu disediakan. l Pegawai yang dilantik tidak perlu mengajar seperti kaunselor. Jika kaunselor berjaya mendisiplinkan pelajar mengapa tidak pegawai sukan? Jadi pegawai ini dapat memberi tumpuan 100 peratus terhadap pembangunan sukan sekolah. Tidak perlu memikirkan perkara lain yang mengganggu tugas yang dikenali sebagai Setiausaha Sukan.

l Subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) dimasukkan dalam subjek wajib peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Subjek Sains Sukan dalam SPM adalah subjek yang berlainan dengan PJPK. Pada masa sekarang semua pelajar termasuk guru bukan opsyen menganggap subjek PJPK tidak penting kerana tidak ada peperiksaan Wang kerajaan bagi saya dibazirkan kerana kerajaan menyediakan guru Opsyen PJPK dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), menyediakan buku teks dan menyalurkan alatan sukan kepada sekolah, tetapi tiada hasil yang membanggakan. Bagi saya jika subjek PJPK dimasukkan dalam peperiksaan awam, saya yakin ramai yang mentelaah subjek berkenaan.
MFA_282, Ledang, Johor.

Thursday, February 25, 2010

Sukan mekanisme banteras dadah

Sukan agen efektif banteras penagihan dadah

SUKAN yang membentuk kesihatan fizikal dan mental boleh digunakan untuk memerangi gejala dadah. Kita perlu mengakui kuasa sukan sebagai agen efektif membendung gejala itu. Dadah merosakkan fizikal dan minda. Sukan pula membuatkan seseorang kuat dan sihat. Penyalahgunaan dadah menjejaskan insentif, manakala sukan membina semangat untuk pencapaian terbaik. Sukan mampu membangunkan potensi remaja, membantu meningkatkan keupayaan kerja berkumpulan dan setia kawan yang membantu menghadapi cabaran.

Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak kemudahan sukan dan rekreasi. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta kerajaan negeri perlu menyediakan kemudahan sukan mencukupi di bandar dan daerah untuk membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan mental yang berpotensi menjauhi seseorang daripada dadah.

Jika masalah penyalahgunaan dadah remaja tidak ditangani, mereka akan gagal memberi sumbangan dan memainkan peranan sewajarnya dalam pembangunan negara. Ini adalah musibah.


Kempen pembasmian penyalahgunaan dadah perlu membabitkan seluruh masyarakat dan memberi lebih perhatian kepada remaja yang mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.

Kepada remaja yang menjadi aset negara, jauhi dadah bukan saja untuk kebaikan anda tetapi demi masa hadapan negara. Strategi berkesan membebaskan negara daripada dadah menjelang 2015 perlu dibangunkan.

Oleh kerana kunci memerangi dadah adalah pencegahan, strategi pencegahan peringkat kebangsaan membabitkan keluarga, masyarakat dan tempat diperlukan untuk tujuan itu.

TAN SRI LEE LAM THYE,

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan

Jenayah Malaysia.

BH 25/2/2010


Monday, February 22, 2010

Kecemerlangan sukan tuntut sokongan ibubapa

KETIKA Kementerian Pelajaran bercadang untuk merombak dan menstruktur semula kurikulum sukan peringkat sekolah rendah dan menengah dalam usaha mengembalikan kegemilangan sukan di negara ini seperti disarankan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin, mungkin elok juga dikaji beberapa pendekatan yang diguna pakai di negara lain.
Di Australia misalnya, mewajibkan sukan dan pendidikan jasmani diterapkan ke dalam kurikulum sekolah dan ia didapati berjaya termasuk kaedah enam subjek dihadkan untuk pelajar menengahnya bagi memasuki universiti. Malah, di Australia kebanyakan sekolah menengah berkongsi kos prasarana sukan dengan universiti berdekatan, menyebabkan bebanan perbelanjaan berkurangan dan ini juga boleh kita laksanakan. Misalnya, beberapa sekolah rendah atau menengah yang berdekatan dengan kampus induk atau kampus cawangan mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara kita, boleh mengguna pakai kaedah sama, sekurang-kurangnya bagi menampung kos perbelanjaan prasarana sukan. Kita tahu, ada sekolah yang tidak mempunyai kemudahan sukan tertentu dan di kampus itu, pelajarnya boleh memanfaatkan kemudahan berkenaan. Bagaimanapun, tidak semua universiti di negara kita ini mempunyai kemudahan sukan yang lengkap berikutan sukan bukanlah dijadikan keutamaan.
Oleh itu, kita mengalu-alukan cadangan Muhyiddin kelmarin untuk Kementerian Pelajaran merombak dan menstruktur semula kurikulum sukan peringkat sekolah rendah dan menengah berikutan dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, aktiviti sukan sekolah seolah-olah dipinggirkan, sering terkebelakang berbanding aktiviti lain sekali gus menenggelamkan kegemilangan sukan yang pernah menjadi kebanggaan pelajar. Berikutan itu, semua aktiviti dan kalendar sukan peringkat sekolah akan disusun semula supaya lebih teratur dan padat dengan pelbagai program pembangunan peringkat akar umbi.
Antara pendekatan yang akan diberi perhatian khas dalam mencapai matlamat itu ialah mengasingkan sukan daripada kokurikulum lain serta melantik pegawai khusus menjaga pembangunan sukan sekolah. Kita percaya langkah itu berada di landasan betul kerana kegemilangan sukan seharusnya bermula di peringkat awal bagi melahirkan pelapis pelbagai jenis sukan untuk negara pada masa akan datang.
Kita sedar baru-baru ini ramai kecewa apabila Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) menggugurkan 24 acara sukan dalam kalendar tahunan 2010 tetapi Kementerian Pelajaran mengumumkan peruntukan RM89 juta bagi mengembalikan semula acara berkenaan. Satu lagi permasalahan pada peringkat sekolah ialah ketiadaan jurulatih sukan dan kebanyakannya adalah guru biasa yang ditugaskan membimbing pelajar dalam pelbagai jenis sukan. Aspek ini juga perlu difikirkan oleh kementerian.
Bagaimanapun, satu lagi aspek ialah kesediaan ibu bapa untuk menerima perubahan itu nanti, kerana ramai ibu bapa pasti mahukan anak mereka menumpukan perhatian untuk kecemerlangan akademik. Apa yang perlu dilakukan oleh kementerian ketika merombak semula kurikulum ialah supaya acara sukan untuk murid diadakan tanpa menjejas kelas akademik mereka.
BH, 22/2/2010.

Fifa World Championship Training Program

NOTE: warming up exercises



TIMING & CONTENT

0 – 5 min: of low intensity exercise

walking,

jogging, …

6 – 10 min: jogging,

alternated with mobilisation exercises including

shaking the legs’… (relax)

jogging with arm movements

shoulders / arms together backwards & forward

shoulders / arms alternatively backwards & forward

billing (heel lifts)

skipping (knee lifts) (medium and high)

tripling (small steps on the forefeet)

cross over

‘circling’ of the legs (move forwards)

backwards running (while turning head left & right)

backwards + deviations

sideways left & right

lambada left & right

‘grapevine’

11-15 min: jogging,

alternated with moderate intensity exercises such as

straight fore-ward accelerating (2x)

sideways running, 1/4 turn, followed by fore-ward accelerating (2x)

backward running, 1/2 turn, followed by fore-ward accelerating (2x)

fore-ward running, 1/2 turn, followed by acceleration in opposite direction (2x)

16-20 min: stretching muscles

splint

adductor

hamstrings

quadriceps

P.S

The warm up prior should be sufficient enough to raise temperatures and increase blood flow without depleting energy stores and causing fatigue.

Main part of the training should start as soon as possible after the end of the warm up to gain the full rewards of the warm up

JB

Friday, February 5, 2010

Selamat Datang

Assalammualaikum wbk dan salam sejahtera semua.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Inilah blog saya yang baru siap ni ha...
Tak ada apa yang nak ditulis buat masa ini, tunggulah, nanti penuh berisi, tak terbaca pulak.
So, tunggulah....
TK.
Search