Wednesday, March 17, 2010

Dasar Sukan di Sekolah

17 Mac, 2010 14:13 PM

Beberapa Langkah Perkukuh Pembangunan Sukan Di Sekolah Diputuskan

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kementerian Pelajaran pada Rabu memutuskan pelaksanaan beberapa langkah untuk memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu diambil bagi mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah.

Beliau berkata antara yang diputuskan ialah menjadikan aktiviti sukan di sekolah sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan-timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum.

"Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk pembangunan sukan di sekolah di bangunan Parlimen di sini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.

Selain itu, beliau berkata turut diputuskan ialah penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.

Muhyiddin berkata peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah, berbanding peruntukan RM2.40 bagi setiap pelajar sebelum ini.

"Kementerian juga akan mengambil langkah untuk menambah jadual kokurikulum dan ia akan susun balik, kalau boleh sukan itu diajar dalam jadual waktu persekolahan, jadi pelajar tidak perlu pulang dan sebagainya, ini adalah untuk mengelak kesulitan kepada pelajar dan ibu bapa," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun, langkah itu perlu dilakukan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak melibatkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.

"Cara yang diambil ini ialah untuk menggalakkan pembangunan sukan di sekolah, bukannya nak tumpu untuk lahirkan atlet, tetapi jika nak majukan sukan di sekolah, mesti dapat mengenal pasti bakat-bakat yang boleh diketengahkan menerusi Majlis Sukan Negara, tapi sasaran kementerian ialah penglibatan pelajar dalam bidang pasukan," katanya.

Muhyiddin berkata pihaknya juga akan memperbaiki infrasturtur sukan di sekolah-sekolah.

Beliau berkata dasar pembangunan sukan di sekolah merupakan dasar yang boleh memberi faedah kepada negara kerana melalui aktiviti sukan, pelajar dapat mempelajari nilai-nilai "esprit de corp", saling membantu, bekerjasama, berkongsi pengalaman dan nilai yang mampu mengenepikan perbezaan seperti kaum dan agama.

Katanya pembangunan sukan di sekolah turut tidak meminggirkan golongan pelajar OKU dan kementerian akan mengenal pasti bentuk sukan yang sesuai untuk mereka.

-- BERNAMA

Friday, March 12, 2010

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN PJPK

TUJUAN PANITIA :


Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan P&P .

Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar, bekerjasama di antara panitia mata pelajaran akademik sekolah.

Mengwujudkan semangat bekerjasama diantara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.

Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan ( berasaskan sekolah ) yang disediakan bagi setiap tingkatan dan jika perlu menubuhkan bank soalan.

Mengkaji dan menganalisis keputusan peperiksaan pelajar-pelajar khususnya

( Pep Pertengahan tahun dan akhir tahun ) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan P&P.

Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara “ad-hoc” bila dan jika perlu.

Mengatur perjumpaan ahli panitia secara formal / tidak formal untuk membincangkan isu-isu berkaitan kaedah mengajar serta penyelesaian kepada isu-isu tersebut.



KEAHLIAN / STRUKTUR ORGANISASI


PENGETUA

PK AKADEMIK

KETUA BIDANG

KETUA PANITIA

GURU



BIDANG TUGAS / PERANAN



Memperoleh sukatan pelajaran yang terbaru / kemaskini.

Menyediakan rancangan mengajar untuk kedua-kedua penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan diantara guru dalam sesuatu tingkatan.

Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan / bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di PSS.

Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks yang digunakan oleh pelajar-pelajar .

Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperoleh setelah mengikuti kursus/seminar dengan ahli-ahli lain.

Mengwujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh berdedikasi bagi mencapai matlamat P & P .

Bekerjasama dengan lain-lain panitia dalam usaha kea rah memajukan pelajar yang lemah.

Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli bagi menyediakan minit mesyuarat .

Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit/laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan .






Search